Sabtu, 26 Desember 2009

Pengenalan ilmu tafsir..

Ilmu tafsir merupakan antara ilmu terpenting dalam ilmu-ilmu Islam. Hal ini disebabkan oleh tugasnya yang berat untuk memperjelaskan ayat-ayat al-Quran seperti mana yang dikehendaki oleh Allah s.w.t. Justeru, tidak keterlaluan jika dikatakan bahawa ilmu tafsir adalah semulia-mulia ilmu berdasarkan tugasnya itu. Oleh yang demikian, golongan yang melaksanakan tugas ini bukanlah golongan yang sebarangan, bahkan mereka mempunyai kemampuan dan persediaan yang benar-benar mantap. Pelbagai bentuk tafsiran telah berjaya dikeluarkan oleh golongan ini berdasarkan kemampuan dan kecenderungan mereka untuk mempersembahkan tafsiran yang dibuat, juga mengikut kesesuaian zaman mereka berada.
Deflnisi Ilmu Tafsir

Terdapat pelbagai definisi yang telah dibuat oleh ulama' Islam untuk mentakrifkan ilmu tafsir. Begitu juga perbincangan berkaitan perkataan tafsir dan takwil[1]. Namun, definisi yang paling baik untuk mentakrifkan ilmu tafsir pada pandangan penulis ialah: "Satu ilmu yang membahaskan tentang Hal ehwal al-Quran, dari aspek ia menunjukkan maksud kehendak Allah s.w.t., sekadar kemampuan manusia" [2]

Untuk memperjelaskan lagi definisi ini, penulis membawakan pendapat as-Sayyid as-Syarif Ali bin Muhammad al-Jurjani. Beliau telah mendefinisikan ilmu tafsir sebagai :

"Ilmu yang membicarakan tentang hal ehwal kalam Allah dari aspek ia menunjukkan apa yang dikehendaki oleh Allah daripada kalam-Nya. la terbahagi kepada tafsir, iaitu perkara yang tidak dapat diketahui melainkan dengan an-Naql seperti asbabu al-nuzul dan kisah-kisah. Dengan erti kata yang lain, yang berkaitan dengan riwayat. Begitu juga ia terbahagi kepada takwil, iaitu perkara yang mampu diketahui melalui kaedah-kaedah bahasa Arab. Dengan erti kata lain, yang berkaitan dengan ilmu pengetahuan. Maka, adalah salah jika seseorang individu membicarakan tentang tafsir tanpa ada naql dan takwil sekadar dengan hawa nafsu, walaupun tepat (tafsiran yang dibuat)."[3]

Daripada definisi dan penerangan di atas, dapat difahami bahawa ada dua komponen penting dalam ilmu tafsir, iaitu tafsir dan takwil. Definisi-definisi yang lain, dirasakan tidak begitu sesuai. Ini dlsebabkan ada definisi yang diisi dengan perbahasan-,perbahasan dalam ilmu tafsir, sehingga menyebabkan definisi menjadi terlalu panjang.

Syarat-Syarat Ahli Tafsir

Para ulama telah menetapkan beberapa pra-syarat untuk ahli tafsir. Hal ini penting untuk memastikan tafsiran yang bakal dibuat benar-benar menepati syarak dan tidak ada pihak sewenang-wenangnya menafsirkan ayat al-Quran membabi buta. Secara amnya, terdapat sembilan syarat, iaitu[4]:

1. Akidah yang luhur dan betul

2. Menghindarkan diri daripada hawa nafsu

3. Menafsirkan al-Quran dengan al-Quran terlebih dahulu

4. Disusuli menafsirkan al-Quran dengan al-Sunnah

5. Menafsirkan dengan kata-kata para sahabat sekiranya tidak didapati dalam al-Quran mahupun al-Sunnah

6. Akhir sekali sekiranya tidak ada di dalam ketiga-tiga peringkat ini bolehlah ditafsir dengan kata-kata tabi'in

7. Penguasaan dalam bahasa Arab serta ilmu-ilmu yang berkaitan dengannya

8. Penguasaan ilmu-ilmu asas yang berkaitan dengan al-Quran, seperti ilmu Qiraat, Tauhid, Usul Feqh dan Usul Tafsir

9. Kefahaman yang mendalam dan jitu yang memungkinkan ahli tafsir memilih tafsiran yang paling tepat.

Jenis-Jenis Tafsir

Terdapat pelbagai jenis tafsir berdasarkan dua aspek pembahagian iaitu :

a. Pembahagian tafsir dari aspek susunannya terbahagi kepada dua iaitu :

1. Tafsir Tahlili

la adalah tafsiran al-Quran bersifat analisis. Ayat-ayat disusun berdasarkan susunan yang terdapat dalam al-Quran (tartib mushafi)[5]. Seterusnya perkataan-perkataan ditafsirkan, ayat-ayat dikaitkan di antara satu sama lain, dan makna ayat diterangkan. Ini merupakan bentuk lama tafsir yang diketahui umum[6].

2. Tafsir Maudhu'i

Tafsiran dibuat berdasarkan tajuk-tajuk tertentu yang terdapat dalam al-Quran, atau yang berkaitan dengannya. Menurut Dr. 'Iffat as-Syarqawi, tafsir Maudhu'i ialah : "mengumpulkan sekumpulan ayat-ayat al-Quran yang membahaskan satu topik perbincangan pada satu tempat, kemudian ditafsirkan"[7] .

Ada yang berpendapat bahawa tafsiran yang tidak mengikut kaedah-kaedah tafsir yang terdapat dalam ilmu Usul Tafsir, termasuk dalam kategori tafsir maudhu'i, walaupun tafsiran dibuat mengikut susunan mushaf[8].

b. Pembahagian tafsir dari aspek sumber pula terbahagi kepada tiga iaitu :

1. Tafsir bi al-Ma'thur[9]

la adalah tafsiran ayat al-Quran dengan ayat yang lain. Termasuk dalam kategori ini ialah qiraat yang mentafsirkan qiraat yang lain.

Begitu juga tafsir yang diriwayatkan daripada Nabi Muhammad s.a.w. dan para sahabat baginda. Di samping itu, ulama' juga memasukkan tafsiran yang dibuat oleh tabi'in dalam kategori ini.

2. Tafsir bi al-Ra'y[10]

la adalah tafsiran al-Quran dengan ijtihad selepas mengetahui selok belok bahasa Arab dan perkara-perkara yang berkaitan dengannya. Begitu juga mengetahui ilmu asbab an-nuzul, nasikh, mansukh serta ilmu-ilmu lain yang perlu diketahui oleh ahli tafsir.

3. Tafsir Isyari[11]

la adalah pentakwilan ayat-ayat al-Quran yang tidak bertepatan dengan zahir ayat tersebut, berdasarkan isyarat-isyarat seni (ilham) yang boleh diketahui oleh ahli-ahli suluk. Walau bagaimanapun, ia boleh dikaitkan dengan kehendak zahir ayat.

Sebagai contoh: Imam Tustari telah menafsirkan ayat ( فَلا تَجْعَلُوا لِلَّهِ أَنْدَاداً )[12] dengan katanya : "iaitu (makna sekutu) lawan. Maka lawan yang paling besar ialah nafsu ammarah yang menyuruh kepada kejahatan" . Ayat tersebut pada zahirnya melarang manusia mensyirikkan Allah, sama ada dengan menyembah berhala, syaitan atau lain-lain yang disembah oleh manusia. Sungguhpun begitu, tafsiran tersebut boleh dikaitkan dengan zahir ayat. Hal ini disebabkan oleh hakikat sesuatu itu adalah ia berlawanan dengan sekutunya yang lain, seperti hal nafsu ammarah yang menyuruh manusia untuk melaksanakan tuntutan-tuntutannya dan menyekat mereka daripada menjaga hak-hak Allah. Begitulah juga halnya dengan berhala yang disembah oleh manusia sehingga mereka tidak melaksanakan perintah Allah dan menjaga hak-hak-Nya. Di samping itu, ada ayat lain yang menyokong tafsiran ini, iaitu (اتَّخَذُوا أَحْبَارَهُمْ وَرُهْبَانَهُمْ أَرْبَاباً مِنْ دُونِ اللَّهِ )[13]. Ayat ini menyebut bahawa orang-orang kristian menyembah ulama-ulama dan rahib-rahib mereka. Namun, pada zahirnya mereka tidak berbuat demikian. Cuma, mereka mengikut segala perintah-perintah ahli-ahli agama tersebut dengan menghalalkan yang haram dan sebaliknya. Mereka lupa bahawa Allah sahajalah yang berhak untuk berbuat demikian.

Berdasarkan jenis-jenis ini, pelbagai kitab tafsir telah berjaya dihasilkan oleh ramai ahli tafsir dan menjadi rujukan sehingga ke hari ini. Adalah penting untuk mengetahui kitab-kitab yang terdapat dalam jenis-jenis tafsir tersebut. Hal ini kerana ia dapat memudahkan pembaca untuk sampai kepada maklumat yang ingin diperolehi daripada kitab-kitab tersebut.

Kesimpulannya, ilmu tafsir adalah antara ilmu terpenting di kalangan ilmu-ilmu Islam kerana dengannya umat Islam mampu memahami kandungan al-Quran yang membolehkan mereka bahagia di dunia dan akhirat. Pelbagai bentuk dan jenis tafsiran telah dihasilkan oleh ulama Islam. Sungguh pun begitu, adalah tidak mudah untuk menafsirkan ayat al-Quran kerana ia perlu kepada pelbagai persediaan seperti yang telah ditetapkan oleh para ulama.

[1] Lihat: Dr.Muhammad Husain al-Zahbi. al-Tafsir wa al-Mufassirun, Maktabah Wahbah, Kaherah, 1995, jil.1, ms.17.

[2] Lihat: al-Sayuti, al-ltqanfi 'Ulumi al-Quran, Dar Ibn al-Kathir, Beirut, 2000, jil.2, ms.1189; Dr.Muhammad Husain al-Zahbi, Op.Cit., jil.1, ms.17.

[3] Lihat: Prof. Dr. Ali Ahmad Salus, Ma'a al-Syiah al-lthnai 'Asyairah, Dar al-Taqwa, Mesir. 1997, jil.2, ms.11.

[4] Manna' al-Qattan, Mabahith fi 'Ulum al-Quran, Muassasah al-Risalah, Beirut, 1998, ms. 329.

[5] Lihat: Prof. Dr. Syukri Shafiq Mustafa al-Akhdar, Fuyudat al-Mun'im al-Wahhab fi al-Tafsir al-Maudhu'i, Dar Abu al-Fadh, Mahallah Kubra, 2000, juz.2, ms.14.

[6] Lihat: Dr.' Iffat al-Syarqawi, Fi Mazahibial-Tafsir al-Islami, Dar al-Firdaus li al-Tiba'ah, Kaherah, 1999, ms.59.

[7] Ibid., ms.57.

[8] Temubual dengan Prof. Dr. Muhammad al-Sayyid Radhi Jibril di Tanta pada Februari 2001.

[9] Lihat: Syeikh Khalid Abdul Rahman al-'Ak, Usul al-Tafsir wa Qawa'iduhu, Dar al-Nafais, Beirut, 1986, ms.111.

[10] Lihat: Prof. Madya Dr. Solahuddin Yusuf Shalabi, Muhadharat fi Manahij al-Mufassirin, 1998, ms.142

[11] Lihat: Dr.Muhammad Husain al-Zahbi, Op. Cit., jil.2, ms.381.

[12] Surah al-Baqarah: 22.

[13] Surah al-Taubah: 31.

1 komentar:

  1. salam syiekh, nk tnya syeikh satu soalan, tafsir bil hadith,tafsir bi qawli sahabi, tafsir bi qawli tabien dan tafsir batiniyyah masuk bwah pembahagian mane?

    BalasHapus

© 2009 - Khair syuhada' & friska syahidah | Free Blogger Template designed by Choen

Home | Top